Cara Nak Pindah Astro Ke Rumah Baru

Ramai yang tanya …macam mana nak buat untuk pindahkan Astro ke alamat baru?Oleh itu …Khas untuk anda yang nak pindah rumah….saya share cara atau step yang anda boleh buat untuk pindahkan Astro anda ke alamat baru.

 

Ada 2 cara yang boleh anda pilih.

Cara 1-Call Custumer servis.

Sebelum tel custumer servis pastikan sediakan maklumat penting untuk tujuan pengesahan.Antara maklumat itu ialah

  • No akaun Astro
  • No ic pemilik akaun
  • no tel
  • email
  • Alamat Lama
  • Alamat baru
  • Jarak alamat lama ke alamat baru.

Jika maklumat tu dah sedia…bolehlah call custumer servis Astro.

Sediakan kredit topup lebih sikit…sebab talian ni susah dapat sikit…kena banyak bersabar..Boleh ikut step dibawah untuk call custumer servis..

1-Dail 0395433838

2-Dengar arahan-Sebaik arahan masukkan no akaun…anda masukkan 10 digit no akaun anda diikuti dengan #tag.

3-Selepas itu sebaik dengar arahan untuk pilih …Anda pilih 4

4-Selepas itu sebaik dengar arahan untuk pilih….Anda pilih 3

5-selepas tu tunggu sehingga custumer servis staff jawab.

Beritahu anda nak pindah…mereka akan minta maklumat seperti diatas untuk mereka buat report…Diakhir perbualan jangan lupa minta no report untuk tujuan rujukan.No report itu penting jika installer tak datang pada tarikh yang dijanjikan.Dengan no report tu anda boleh check status permohonan anda.

Selepas itu Astro akan aturkan intaller datang rumah untuk buka dan pasang di alamat baru.

 

Cara 2-Isi Borang Online pada laman web Astro.

Cara ini memerlukan anda daftar dulu Astro ID.Selepas daftar Astro ID…Anda login dan isi borang pada bahagian support.

Ini link laman web astro-www.astro.com.my

 

Log in guna Astro ID anda Pada Menu My Account pilih Manage my account Seterusnya pilih Subscription Pada menu tu pilih Support ticket dan Create Support ticket Seterusnya pilih Relocation dan isi maklumat yang diminta.Selesai isi klik submit.

Selepas isi borang Astro akan tel anda untuk buat pengesahan dan temujanji.

 

Untuk makluman Pemindahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM65.Pembayaran akan dibayar kepada pemasang selepas dipasang di alamat baru.

Masa buka tidak dikenakan sebarang bayaran.

Harap artikel ni dapat bantu anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.