9 Tips Pilih Nama Domain Anda.

 

Khas untuk anda yang sedang berkira-kira nak beli domain untuk apa sahaja web perniagaan anda,saya kongsikan artikel yang ditulis oleh SifuFBads.Artikel ini memberi anda panduan ringkas bagaimana memilih nama domain laman web anda.

 

Jom kta lihat 9 tip yang diberikan oleh beliau………

 

1# – MUDAH DIINGAT
.
Bila anda nak pilih nama, cuba cari nama yang mudah orang ingat…Dan cuba guna domain yang pendek TAPI mudah diingat…Katakan anda jual the 3 in 1 atas nama TEH PUKAU..
.
CONTOH: www.tehpukau.com
ELAKKAN: www.tehpukausatudunia.com

 

2# – MUDAH DI EJA
.
Jangan sesekali ambik risiko untuk buat domain yang susah untuk audience anda spell..Tips..pilih domain yang mudah di eja…
.
CONTOH: www.katrina.com
ELAKKAN: www.katrinabutikonlineseremban.com

 

3# – PILIH “EXTENSION” TERBAIK
.
Ada macam2 extention yang boleh anda pilih..Apa bondo “extension” ni? Extension ni adalah: .com, .my, .net, .biz…TAPI yang paling Sifufbads rekemen adalah anda guna .com…Kalo anda nak guna .my pon ok…
.
CONTOH: www.kakirapu.com
ELAKKAN: www.kakirapu.net

 

4# – PENDEK
.
Pastikan domain anda pendek dan mudah untuk orang ingat serta mudah untuk dieja…Sifufbads rekemen anda guna tidak lebih 2 atu 3 patah perkataan…
.
CONTOH: www.copy.com
ELAKKAN: www.copywritinggrapemosi.com

 

5# – RELEVAN
.
Pastikan domain yang anda nak gunakan adalah releven dengan brand anda..Senang site, domain anda mesti mengambarkan bisnes anda…Katakan untuk servis plumbing..
.
CONTOH: www.tatplumbing.com
ELAKKAN: www.tatosman.com

 

6# – UNIK
.
Untuk bezakan anda dgn orang lain, anda boleh masukkan nama yg unik tapi masih mudah untuk orang faham apa bisnes anda jalankan..
.
CONTOH: ww
w.webhelp.com

ELAKKAN: www.websitehelp.com

 

7# – MUDAH DISEBUT
.
Adalah kewajipan bila cari domain yang mudah disebut..Tipsnya mudah aja..Cari domain yg mudah dieja dan mudah diingat..Dan automatic akan mudah disebut…
.
CONTOH: www.funfair.com
ELAKKAN: www.funfairampanghulu.com

 

8# -MESRA MEDIA SOCIAL
.
Cari nama domain yang boleh ‘ngam’ dengan media social anda..Cuba cari nama yg boleh sama dan hampir sama dengan social media anda…Contohnya..domain Sifufbads adalahwww.sifufbads.com dan facebook page Sifufbads adalah www.facebook.com/sifufesbukads

 

9# – BRANDING
.
Jika anda susah sangat nak cari nama, anda boleh pakai jer nama brand sekarang..Secara tak langsung, akan bantu anda bina brand awareness utk bisnes anda..

 

Sumber:SifuFBads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.